Menempuh Malam Pertama……

Bila Malam Menjelma.. Memayungi Semesta.. Tercipta Rasa yang Terindah!

As-Sarawaki, 7 Mei 2007: Alhamdulillah, pagi tadi saya menerima satu email yang telah diforwardkan oleh seorang sahabat yang berjaya menjentik hati dan rasa. Biasanya saya tidak begitu berminat membaca email-email yang diforward atau email-email berantai, tetapi email yang satu ini sesungguhnya telah menggugah jiwa saya. Ia tentang malam pertama!!

 

Apabila menyebut malam pertama, pasti semua  orang akan terbayang satu malam yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan. Nikmat duniawi yang tiada tara! Ya, satu malam di mana pasangan pengantin baru yang sah bergelar suami isteri setelah diijab qabulkan akan bersatu, beradu serta berpadu zahir dan batin. Malam penuh bahagia! Terus-terang, sebagai seorang anak muda di usia 25 tahun kini yang masih bujang, persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang minda ialah malam tersebut pastinya merupakan satu malam yang segalanya adalah menyeronokkan, indah-indah, asyik-asyik dan nikmat-nikmat belaka!

 

Kemaskini: Alhamdulillah, saya telah berkahwin pada 14 Disember 2007 dan merasai nikmat malam pertama perkahwinan!!

 

Tetapi, pernahkah terbayang dan terlintas di benak fikiran kita satu malam lain yang juga dinamakan malam pertama, namun ianya bukanlah malam pertama perkahwinan?

 

Malam inilah yang menjadi isi kandungan email tersebut. Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!  

 

Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?

 

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

 

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?  

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

 

“Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”

 

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

 

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR

 

Last Breath..

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

 

“Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

 

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

 

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

 

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

 

Bacaan lanjutan: Kubur Menunggu Kita… 

Justeru, bersamalah kita fikirkan MALAM PERTAMA ini dengan mata hati.. Semoga cahaya kesedaran bersarang di hati kita dan nur keinsafan tertanjap sekaligus melimpahi jiwa-jiwa kita. Semoga kita semua terlepas dari ‘azab kubur dan beroleh nikmat SyurgaNya di Akhirat kelak. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

 

[Nota: Al-Fatihah buat rakan karib saya semasa di sekolah menengah – Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri, Allahyarham Mas Muliady bin Mahmud yang telah kembali ke rahmatullah pada 2hb Mei 2007 bersamaan dengan 14 Rabiulakhir 1428H di Kuching. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amiin.]

 

Wallahu a’la wa a’lam bissawab.

 

http://www.muhtarsuhaili.com/

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

selimut putih

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

Helo dunia!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Posted in Pelbagai | 1 Komen

Generasiku

Judul : Generasiku
Album : Generasiku
Munsyid : Suara Generasi

http://liriknasyid.com

 
 
Burung merintih kehilangan sarang
Badai menghempas kini tersenyum puas
Itulah kita di bumi tercinta
Terumbang-ambing tiada nakhoda
Itulah kita di bumi tercinta
Menagih simpati pada fatamorgana
 
Sedarlah bangunlah
Generasi bumi akhir zaman
Bantuilah kami (Allah)
Redhailah kami (Allah)
Perjuangan tegakkan deenul Islam yang suci
Bantuilah kami (Allah)
Redhailah kami (Allah)
Agar bergema kalimah-Mu di langit tinggi
Dibiar sendiri
Merintih menangis
Tercari-cari pedoman membaiki diri
Namun nur Ilahi menyedarkan diri
Mutiara itu perlu dicari sendiri
Maju generasi ayuh ke depan sana
Korbankan segala demi cita mulia
Biar darah mengalir biar diri tersungkur
Onak kita lalui walau lukai diri
Linangan air mata keazaman di jiwa
Bumi subur kembali menjadi cita-cita
 
Lagu : Saduran
Lirik : Asfa Mawaddah
Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

Time has its own way..

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog…hari sabtu memang ditungu-tunggu kerana hari minggu.rasenya  cukup tenang sbb dapat melepaskan diri sekejap dari belenggu bebanan kerja yang  memeningkan kepala otak…..terasa pula nak update blog yg sudah bersawang .sesakali terasa sunyi bile mengenangkan rakan-rakan sejamaah yg bertebaran keserata Malaysia . ada yg sudah berkahwin dan ramai yng sedang merancang untuk berkahwin .yang sudah berkahwin terus menyepi  dan beruzlah bersama isteri tercinta , bukan takat batang hidung, icon ym pon tak nampak hidup  tak lagi orang tu…  yahoo messenger kini sudah tidak semeriah dulu .tidak semeriah dikampus yang mana perang status berleluasa..ku rindu saat sebegitu…rasanya cukup buat kali ini…jumpa dilain waktu

 

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

.

BADAN SAJA PAS – BAJU KEADILAN

-Azizi Hj Abdullah.

Memang muakpun melihat ramai ahli-ahli Pas, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan Pas tetapi berbaju Keadilan. Sesekali semacam hendak menyindir betapa aqidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’. Bagaimanapun maksud sedemikian tidak jadi apabila berpegang kepada seruan pemimpin tentang perlunya menafikan 2/3 BN. Pembangkang perlu disokong.

Termasuklah saya pun, selalu tergila-gila menyertai ceramah KeAdilan, menyumbang sesuatu tetapi kerana badan sudah tua, kerja seperti Unit Amal saya tidak lakukan.

Jika mahu mengimbau kembali Pilihanraya Permatang Pauh 26hb Ogos 2008, sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli Pas semacam sudah menjadi ahli Keadilan, malah mereka lebih Keadilan dari Pas, mabuk rasa mabuk nama. Mereka seperti Mat Rempit menaiki motosikal dengan baju KeAdilan, lambang dan bendera KeAdilan lalu singgah di markas-markas KeAdilan dan Pas. Lagak mereka, mereka telah merengkuh habis berbakti kepada KeAdilan.

Ketika berselisih dengan rakan-rakan (ketika ini sudah tidak ketahuan lagi yang mana Pas yang mana KeAdilan) sangat payah hendak membeza yang mana orang KeAdilan dan yang mana orang Pas. Mereka akan melaung dan menjerit ‘Reformasi’ dan bukan lagi ‘Allahu Akbar.’

Yang lebih mendukacitakan, ketika Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac yang lalu, ada ahli-ahli Pas lebih menumpukan kerja buat, gerak amal, mencula undi dan tercongok di Pondok Panas KeAdilan lebih dari Pas, jika kawasannya calon Pas tetapi kawasan sempadannya calon KeAdilan.

Yang lebih malang pula apabila seorang YB KeAdilan yang cuba memperjuangkan maruah Islam atas nama sebagai individu Islam, membantah kepada kumpulan yang hendak merosakkan perjalanan undang-undang Islam, lalu Parti KeAdilannya hendak mengambil tindakan, orang-orang Pas ini juga marah-marahkan kepada calon tersebut.

Terakhir, dari mulut ke mulut mereka impikan peralihan kuasa melalui KeAdilan (PKR) dan apabila ada pemimpin Pas berceramah, mereka akan merungut dan membeber mulut jika pemimpin Pas mengupas soal Peperangan Kubra atau Nuzul Qur`an dalam kontek politik kini, kerana pemimpin Pas itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Dato’ Seri Anwar menjadi pemimpin.

Contoh yang digambarkan di atas bukan atas niat cemburu atau sakit hati atau menidak pentingnya kejayaan PKR. Sebaliknya kerana hendak menyambung apa yang diucapkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang ketika berucap di perhimpunan Nuzul Qur`an di Kompleks Pas Kota Sarang Semut pada malam 17 Ramadan yang lalu.

Memanglah Presiden Pas itu tidak membuat gambaran seperti senario di atas. Bagaimanapun kerana sikap dan gaya begitu, budaya baru ahli-ahli Pas, maka Presiden mengingatkan begitu.

Sangat penting apabila Presiden Pas mengingatkan semua ahli-ahli Pas agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru hingga sanggup mengenepikan ideologi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Yang lebih penting dan perlu diingat ialah bagaimana perlunya konsisten dengan dasar perjuangan, jangan lari dari jemaah.

Kemungkinan jauh di sudut hati Presiden, kebimbangannya ialah tidak mahu berlaku kepada ahli-ahlinya yang kononnya sudah mantap dengan aqidah perjuangan, jadi seperti peperangan Uhud; kerana sesuatu, meninggalkan medan perang sehingga lupa kepada pesan pemimpin.

Memang apa yang digambarkan di atas berlaku bukan saja ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 ogos yang lalu, sebaliknya berlaku di mana-mana ketika pilihanraya ke 12 yang lalu.

Begitulah seperti kata pepatah; lebih sudu dari bubur, berat rantai dari beruk yang ditunjukkan oleh sesetengah ahli Pas apabila berhadapan dengan parti PKR malah PKR sendiri selalu mendabik-dabik dada pula terhadap Pas apabila dilihat pengaruh mereka lebih kuat dari Pas, sedangkan tenaga kerja, sehinggalah menampal postar tetap bergantung kepada Pas.

Saya berpengalaman dalam soal ini ketika Pilihanraya ke 11 yang lalu, apabila menjadi Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) dalam menghadapi pilihanraya dan ini berulang dalam pilihanraya ke 12 dalam kawasan di mana calon PKR bertanding.

Kita dapati semangat dan roh, dasar malah prinsip Pas benar-benar susut. Ahli-ahli Pas seperti menjadi ahli baru KeAdilan. Mereka berbangga.

Kita menyebut ini bukan bermaksud menghulur pisau untuk mencantas tali hubungan dan meretak Pakatan Rakyat. Tetapi kita mesti ingat, bagi mereka yang beragama Islam, yang belajar sedikit sebanyak asas agama, apabila memasuki parti, mereka pasti memahami dasar perjuangan, dasar partinya dan itulah pasak pegangan politiknya.

Manakala soal menyokong pakatan untuk menafikan 2/3 majoriti BN soal lain, tetapi bukan menggadaikan dasar dan aqidah politik dari sudut agama yang dipegangnya. Ini soal “ Roditu Islama Dinna!” atau "Kami redo Islam itu agama kami!” Ini bererti jika dalam soal lain, kita sokong menumbangkan BN tetapi dalam masa yang sama kita tidak rela gadaikan Islam.

Inilah soalnya dan inilah yang diperingat oleh Presiden Pas.

Tetapi malang, sebahagian besar pengikut Pas, malah sesetengah dari kalangan pemimpin Pas sendiri sudah terikut-ikut, terbawa-bawa malah sampai menjadikan Penasihat Parti Keadilan sebagai ‘anak angkat’ dan bukan mustahil sebagai ‘anak emas’ pula.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku Mursyid Am kelihatan lebih berat condongnya, lebih tebal fanatiknya terhadap Presiden Parti Keadilan walaupun tidak merestui 100% dasar perjuangan Parti PKR.

Tetapi Tuan Guru lupa, menyokong berlebihan, mengeluar kenyataan yang hebat-hebat sama dengan menyokong dasar perjuangan Anwar Ibrahim. Ini bukan soal kebenaran Dato’ Seri Anwar dalam menghadapi fitnah, tetapi ini soal kebenaran dasar parti.

Kenapa membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur Mustafa Ali dan menegaskan Mustafa, sama ada sebagai penganalisis politik atau Pengarah Strategi Pilihanraya adalah sama. Jika teguran ini benar, benarlah juga apabila kita memberi sokongan berlebihan kepada Anwar, bererti juga kita membenar dasar PKR.

Ini kesilapan kita. Ini tarbiah yang tidak disedari oleh Syura Pas ketika berhadapan dengan kebangkitan pengaruh Anwar, sehingga ahli-ahli Pas sudah jadi anak ayam lupa kepada ibunya lalu suka sangat kepada bapa itik.

Maka kerana itu, kita berpendapat teguran dan peringatan Presiden Pas di Kompleks Pas Kedah pada 17 Ramadan bukan saja sesuai tetapi sangat perlu dilihat oleh semua peringkat. Kita percaya Presiden sangat kuat mempercayai dan menyintai dasar Pas dan bimbang ahli-ahli Pas lupa tentang dasar sendiri.

Jika trend dan kecenderungan ini berlarutan, ditakdirkan pula PKR menerajui pemerintahan negara, saya sangat kuatir anak-anak muda malah ahli-ahli Pas sendiri yang kini sudah mulai menggilai Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan berbondong-bongdong mengangkat bungkus minta dibenarkan mengemis di serambi rumah KeAdilan.

Apakah demi kerana kita mahu menafikan majoriti 2/3 BN atau terus menumbangkan BN maka Pas sanggup menggadaikan prinsip, dasarnya? Jika jawapannya tidak, maka Pas mulai sekarang, melalui pakar strategiknya, melalui penganalisa politiknya mestilah cepat membendung pengaruh ini, terutama di kalangan anak muda. Selain dari dasar dan prinsip agama, soal unsur sekular juga mestilah diambil kira.

Contoh yang paling mudah:
Bagaiamana mahu menarik anak muda supaya cenderung kepada pakaian jubah dari memakai kot? Kacaknya Anwar Ibrahim kerana tidak memakai jubah dan selekehnya bukan Anwar kerana serban dan jubah.

Kecenderungan kepada Anwar bukan kerana dasar partinya 100% tetapi kerana beberapa sebab. Di antaranya kerana simpati, ketokohan, berpidato yang tidak menjemukan. Apakah kerana pengaruh ini Pas tidak dapat mengawasi ahli-ahlinya dan jika mengawasi, dengan cara yang bagaimana?

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen

.

     Jauhi maksiat dan Muhasabah diri.

Menurut kamus dewan, muhasabah memberi maksud perbuatan menilai, meninjau perasaan (fikiran, pendirian dsb) ke atas diri sendiri.

            Pepatah  Melayu ada mengatakan bahawa bumi mana tidak di timpa hujan dan laut mana yang tidak bergelora. Sayidina Umar pernah membunuh anak perempuannya dan akhlaknya sebelum menganut Islam adalah begitu rosak sekali. Tetapi biarlah kita menjadi umat yang disukai Allah iaitu orang yang hari ini lebih baik dari semalam dan hari esoknya lebih baik dari hari ini.

Selalulah muhasabah diri tidak perlu menunggu musibah untuk muhasabah diri.

Inilah antara sebab utama orang susah untuk menjadi baik. Apa sebabnya?? Kalau kita tengok kes mahkamah, bapa merogol anak pun minta dibicarakan, kerana mereka menganggap mereka tidak bersalah. Pemuda merogol kanak-kanak pun tak nak mengaku salah kerana memandang perbuatan mereka adalah wajar. Samalah juga tuan-tuan, perempuan yang tidak memakai tudung memandang perbuatan mereka sebagai wajar dan mereka ini memandang perempuan bertudung sebagai kuno dan kolot. Orang merokok memandang dirinya “macho” dan segak dan memandang orang tidak merokok sebagai bukan lelaki sejati. Apakah sebab berlaku fenomena ini di mana manusia memandang perbuatan mereka yang sebenarnya salah tetapi pada pandangan mereka perbuatan mereka adalah betul, elok dan baik. Dalam setengah kes pula puak ini semakin ramai dan memandang orang yang mengamalkan poligami dan hudud adalah orang yang kuno, kolot dan ketinggalan zaman. Mereka memandang diri mereka pula sebagai contoh terbaik untuk diikuti.

Jawapan persoalan ini diterangkan Allah dalam 10 ayat di dalam Al Quran  yang sama maknanya iaitu Al An’aam 43:

“dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.”

dan At Taubah 37:

”………. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. ……”..

Serta Al Anfaal ayat 48-

“Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), …….”

At Taubah ayat 37-.

“………. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. ……..”

An Nahl ayat 63-

“………….. lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka yang ingkar akan amal-amal mereka yang jahat itu;………”

Orang yang telah berkawan rapat dengan syaitan seperti diterangkan dalam surah Az Zukruf di atas lalu syaitan tadi telah menjadikan manusia ini memandang cantik perbuatan salah mereka, apabila ditegur – masyaAllah, kita yang menasihati akan dijadikan musuh.

Masalah utama yang inginkan saya tegaskan di sini ialah è MASALAH UTAMA BAGI ORANG BERMASALAH IALAH MEREKA TIDAK TAHU BAHAWA MEREKA SEDANG BERMASALAH.

Dr Yusuf Al Qardawi telah berkata:

“Kita boleh berterus terang dalam masalah ini  (kepincangan umat) dengan menegaskan bahawa kepincangan yang berlaku itu adalah berpunca dari dalam diri kita yang suka mementingkan diri sendiri dan meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain, bagai pepatah; kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tidak nampak”

            Di dalam kita muhasabah diri, Syed Sabiq telah menyediakan satu senarai lengkap untuk menjadi senarai semak untuk kita semua membaiki diri iaitu :

  1. Lemah jiwa
  2. Mudah putus asa
  3. Putus harapan
  4. Angkuh
  5. Gembira tidak terbatas
  6. Ujub (Kagum dengan diri sendiri)
  7. Megah
  8. Zalim (aniaya)
  9. Girang
  10. Ingkar kepada kebenaran
  11. Tidak tahu berterima kasih (bersyukur)
  12. Tergesa-gesa
  13. Sempit dada (sempit fikiran)
  14. Kurang panjang akal
  15. Kikir (kedekut) untuk berbuat baik
  16. Bakhil pada harta
  17. Tamak haloba
  18. Suka membantah
  19. Suka menunjuk-nunjuk
  20. Bimbang kepada kebenaran
  21. Ragu-ragu kepada petunjuk
  22. Bodoh
  23. Lalai kepada kekurangan diri
  24. Suka berkeras sewaktu berbantah
  25. Tertipu dengan perasaan diri sendiri
  26. Berpura-pura
  27. Gelisah
  28. Keluh kesah
  29. Tidak suka menolong
  30. Lari dari kebenaran
  31. Menentang kekuasaan Tuhan
  32. Derhaka
  33. Melampaui batas
  34. Cinta harta
  35. Terpesona dengan keduniaan.

Marilah kita menginsafi diri bahawa keupayaan orang-orang kafir untuk menguasai kita dan kehinaan kita di tangan mereka pada setiap keadaan adalah merupakan bentuk seksa dari Allah kepada kita kerana kita tidak tahu menghargai nikmat Islam yang Allah berikan kepada kita. Berapa banyak hak Allah yang tidak kita tunaikan.

Insaflah bahawa siapa yang mempunyai sesuatu yang lebih disayangi dan dicintai daripada Allah, maka ini menandakan hatinya sedang sakit.

            Hanya dengan mengatakan aku pasti ……….. tanpa mengucapkan Insya Allah sudah cukup berdosa dan menyebabkan musibah dari Allah seperti hadis  Nabi saw berikut :

Al Bayan: 951 – Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi Sulaiman a.s memiliki seramai enam puluh orang isteri. Suatu ketika dia pernah berkata, malam ini aku pasti akan menggauli semua isteriku, sehingga kesemua daripada mereka akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki yang hebat dalam menunggang kuda (tentera berkuda) untuk berjihad di jalan Allah. Ternyata mereka semua tidak mengandung kecuali seorang sahaja itupun hanya melahirkan anak yang cacat. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya Nabi Sulaiman a.s mengecualikan (berkata Insya Allah) maka setiap daripada mereka akan melahirkan seorang anak lelaki yang hebat dalam menunggang kuda untuk berjihad di jalan Allah.

            Muhasabahlah diri dan bertaubatlah!!

Firman Allah dalam An Nisaak: 110.

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

            Juga dalam Yunus: 27.

Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding(setimpal) dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

            Allah menimpakan bala musibah yang sebanding atau setimpal dengan perbuatan jahat/ maksiat yang dilakukan oleh manusia.

Firman Allah lagi dalam An Nisaak: 79-

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).

 

Ghaafir: 75- (Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan) dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa.

Sesungguhnya Allah maha Pengampun sebagaimana dinyatakan Nabi dalam Al Bayan: 570 –

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah (kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat

Al Bayan:1513 Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku. Aku katakan kepada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar tidak sihat. Rasulullah s.a.w bersabda: Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara kamu. Aku berkata: Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus. Rasulullah s.a.w bersabda: Benar. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Setiap orang muslim yang ditimpa musibah atau sakit dan sebagainya, maka Allah akan mengampunkan kesalahan-kesalahan dari sakitnya, sebagaimana daun yang gugur dari pokoknya

            Sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Saw bahawa berjihad untuk melawan hawa nafsu adalah lebih besar berbanding dengan berjihad di dalam perang Badar. Manakan tidak kerana iblis tidak akan reda apabila ‘sahabatnya’ ini menjadi manusia yang lebih baik. Iblis akan memberikan perangsang agar ‘sahabatnya’ ini terus menjadi seperti dahulu iaitu bergelumang dengan dosa. Tidak cukup dengan  bisikan langsung ke dalam hati, iblis akan membisikkan pula kepada “kroninya” di kalangan manusia untuk menjadi agennya agar ‘sahabat’ iblis ini berputus asa untuk menjadi orang yang lebih baik. Mari kita lihat kes ini:

Kes 20

            Mek Jah di timpa pelbagai musibah. Setelah pertemuan bimbingan agama dan kaunseling, fahamlah Mek Jah bahawa setiap kesulitan dan kepayahan hidup yang dilaluinya adalah disebabkan segala keterlanjuran dan kejahilan beliau tentang agama Islam.  Beliau bertaubat di atas segala kesilapan dan ingin memperbaiki diri. Perubahan pertama yang ingin dilakukan ialah untuk tidak lagi bergincu. Nampak macam mudah sahaja iaitu tidak lagi perlu bergincu. Hari pertama beliau tidak bergincu, datanglah sahabat-sahabat beliau lalu menegur seperti ini :

“Eh Mek Jah, kau sakit ke, pucat aje”

“Mek Jah, kenapa hari ini aku tengok engkau macam mayat aje!”

“Mek Jah, engkau gaduh dengan suami ke?”

“Mek Jah engkau buang tabiat ke! Kenapa engkau hari lain macam aje”

“Mek Jah, tak cantiknya langsung engkau hari ini!”

“Mek Jah, kalau engkau macam ini nanti suami engkau lari cari anak dara yang cantik!”

Dan berbagai-bagai teguran lain yang cukup menggoncang iman kedengaran saban hari hingga beberapa minggu. Disinilah perlunya peranan pembimbing yang terus menasihati agar tidak goncang iman dan tidak kembali kepada kemaksiatan.

            Baru nak buang gincu pun dan begitu hebat ujiannya. Itulah benarnya sabda Nabi di atas iaitu jihad melawan hawa nafsu jauh lebih besar dari jihad perang badar. Begitulah juga apabila seseorang ingin berhenti dari merokok. Akan adalah syaitan berwajah manusia dari kalangan sahabat-sahabatnya yang akan terus mengapikan agar terus menghisap rokok. Lagi besar perubahan diri ke arah kebaikan, lebih besarlah ujian dari iblis dan syaitan dan ini dibiarkan Allah berlaku ke atas umatnya sesuai dengan ayat Al Quran di atas seperti surah Al Ankabut: 2-3 dan banyak lagi ayat serta hadis Nabi yang menerangkan ujian Allah ke atas umatnya.

Sekian wassalam wallahuaqlam

Emjay

Posted in Pelbagai | Tinggalkan komen