ALBUM NASYID HITS 1429 H – SALAMUN SALAM

 

Sempena ketibaan Maulidur Rasul yang akan diraikan tidak lama lagi, Inteam Records dengan kerjasama IME telah menerbitkan album kompilasi berjudul Nasyid Hits 1429 H – Salamun Salam.

Album ini menghimpunkan lagu-lagu terbaik yang pernah didendangkan oleh Us. Akhil Hayy, Us. Nazrey Johani, Fareast dan Inteam. Selain itu, mereka turut berganding dalam sebuah lagu yang didedikasikan buat Rasulullah khasnya dan semua nabi-nabi Allah amnya.

Lagu berjudul Salamun Salam itu digubah semula dari versi asal yang dinyanyikan penasyid dari Yaman. Menariknya, lagu ini menampilkan penggunaan tiga bahasa untuk sasaran pendengar yang lebih global. Turut terlibat dalam rakaman lagu ini ialah Ustaz Rodzi yang pernah tampil dalam album Fareast.

Album ini telah berada di pasaran dan akan menyusul tidak lama lagi VCD karaokenya pula. Ekslusifnya VCD ini akan memuatkan klip-klip video yang belum pernah diterbitkan lagi sebelum ini oleh Inteam Records.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini:

Keluarga Penyayang
Putera-Puteri
Detik Kematian

Dekat dihatiku
Kekasih Yang Dirindu
Suarah Hidayah

Nawaitu
Kutakkan berpaling
Ikhlas Dariku

dan 3 lagi lagu dari Fareast.

Dapatkan album ini dipasaran sekarang!!!

This entry was posted in Pelbagai. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen