Takwa – Takut Allah

 

Takut dari segi tabii umpama takutkan ular. 

Takut dari segi syarie bermakna patuh dan turut Allah. Patuh Allah kita selamat.Allah akan tolong walau dimana kita berada.OBEY AND BE GOOD.  

Takut kepada Allah mengikut tahap kita kenal Allah. Semakin kenal semakin takut kita kepada Allah, takut untuk meninggalkan suruhan dan melakukan larangan. Jibril takut kepada Allah umpama kain buruk yang tiada nilainya, melakukan apa saja demi tuhannya.

Semakin bertambah ilmu juga sepatutnya semakin takut kita kepada Allah.Semakin bertambah ilmu juga sepatutnya semakin bertambah amalan.

ULAMA TAKUTKAN ALLAH

Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) takut kepada Allah sehingga tidak tidur malam selama 40 tahun. Wuduk solat Isya’nya boleh dibawa ke Subuh. 

Fatir [28] Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun

Az-Zariyat [15] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. [16] (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. [17] Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

Takutlah kepada Allah yang menguasai Rahim.

An-Nisa [1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya

 Nabi Muhammad bersabda:-

Demi Allah aku adalah orang yang paling takutkan Allah, namun ada hari aku puasa, ada hari aku makan, aku juga makan dan berkahwin.

BERTAQWALAH UNTUK BERJAYA:-

Al-Maidah [100] Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.

 

 

This entry was posted in Pelbagai. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen